Showing posts with label #freebies. Show all posts
Showing posts with label #freebies. Show all posts

Monday, June 8, 2015

FREEBIES received from WOOP : DETTOL HEROES KIT


Assalammualaikum..

Pagi2 Sabtu kurier dah ketuk pintu hantar barang, buka2 rupanya DETTOL HEROES KIT dah sampai.. Alhamdulillah, seronok! Hehehe.. sebelum nak dpt ni sy kene gigih completekan missionnye dulu, boleh baca entri SINI.. Tujuan sebenar Dettol Heroes Kit ni adalah ingin bekerjasama untuk mendidik anak2 cara-cara untuk dilindungi daripada kuman melalui aktiviti-aktiviti yang mudah dan menyeronokkan.. Apa yang ada dalam kit??

1. Dettol Handwash Original 250g

2. Jam Pasir Dettol - untuk pastikan anak kita cuci tangan selama 20saat, letak kat cermin sinki ke..kalau xde cermin lekat jela kat mana, hahahaha..

3. Penanda/cop Bakteria - sebelum anak basuh tangan tanda cop ni kat tangan, pastu suruh basuh..Zahra dah guna, tp tak hilang, huhuuu.. makanya kita main cop2 kat buku..

4. Permainan Hapuskan Bakteria - untuk rekodkan setiap kali hapuskan bakteria, sehari kene hapuskan 3 bakteria.. cukup seminggu boleh lekatkan sticker kat ruang yg disediakan.

5. Sticker - untuk lekatkan kat permainan Hapuskan Bakteria.

6. Sticker Cermin - lekatkan sticker "Jadilah Hero Cucian Tangan Dengan 7 Langkah" dekat tempat mudah anak2 basuh tangan. Supaya mereka ingat dengan mudah cara basuh tangan dengan betul.

Sunday, June 7, 2015

WOOP : Big Mission DUMEX MAMIL


Assalammualaikum...

Minggu lepas dapat mission dari Dumex Mamil, punya lah banyak Big Mission yg mereka bagi..Anak saya tak minum susu ni, jadinya saya tak mampu nak completekan kesemua big mission. Tapi Kit Eklusif Mamil saya minta juga, saje nak bagi Zahra rase susu mahal.. hehehehe.. tujuan buat big mission sebab nak kumpul point sebanyak yang boleh supaya boleh redeem mcm2 hadiah.. sebelum ni dah redeem Fabreze To Go 75ml 2 botol, alhamdulillah dah selamat sampai ari Khamis minggu lepas..sekarang tgh tggu redeem Hi5 backpack Mamil sampai pulak..tggu dalam masa 2 3 miggu..buat masa ni sangat puas hati dan seronok guna WOOP.my ni..hehehe


Sekian  untuk harini :)

Tuesday, June 2, 2015

DETTOL HEROES KIT ongoing from WOOP


Assalammualaikum...


"Kita tahu keluarga bermakna segala-galanya untuk kita. Kita akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka gembira dan sihat. Dettol percaya bahawa kesihatan bergantung kepada pilihan yang kita buat setiap hari di rumah, dalam masyarakat kita dan seterusnya. Itulah sebabnya kita, sebagai pemimpin yang dipercayai dengan kepakaran dalam pembasmian kuman, kebersihan dan pertolongan cemas untuk lebih banyak generasi komited untuk menyediakan penyelesaian yang pernah lebih baik untuk hari ini dan pada masa akan datang"

Secara jujurnya dekat sebulan juga nak completekan Big Mission Dettol nie, gigih!! Semata mata nak dapatkan Dettol Heroes Kit..hehehehe.. 2 mission dah lame di completekan sebab tak susah mana pun..kita hanya perlu LIKED page Dettol di FB dan Share Video Dettol dari YOUTUBE kat FB.. dah complete mission yang dua tu, dapat lagi 2 Mission yg baru..yg ni leceh sket la sebab kene selfie dan pos kat FB.. Alhamdulillah berjaya juga completekan semua Big Mission Dettol.. kita tunggu aje la dapat ke tak DETTOL HEROES KIT...

Buat masa ni berjaya mengumpul 820 points.. masih menunggu mata dari 6 mission dan ada 5 mission tak buat lagi..2 minggu lepas dah merasmikan points, saya redeem Fabreez To GO 75ml x 2 Bottle..tapi tak sampai lagi.. hehehehehe..


Sekian...



FREEBIES received from WOOP : BLACKMORES COLLAGEN 10,000mg


Assalammualaikum..

Selepas hari received REXONA FRESHPROTECT esoknye dapat pulak BLACKMORES COLLAGEN dari WOOP.my...dua2 ni Big Mission di completekan pada masa yang sama.. ingatkan completekan mission je utk dapatkan point, rupa2 nye dapat jugak kit..Alhamdulillah.. hampir sebulan juga baru dapat kit ni, kita pon dah lupa..hehehehe.. Macam haritu juga (entri sini) sape nak barang FREE boleh sign up kat WOOP.my..ikut je arahan nye..

Apa yang dapat??

2 botol BLACKMORES COLLAGEN 10,000mg + VOUCHER RM10..

- BLACKMORES COLLAGEN 10000mg di pertingkat dengan Grape Seed Extract dan Vitamin E untuk keremajaan kulit lengkap dalam masa 6 hingga 12 minggu. Kolagen menjana semula dan pembaikan kulit, disamping menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru.

Monday, June 1, 2015

FREEBIES receive from WOOP : REXONA FRESHPROTECT kit


Asslammualaikum...

Minggu lepas saya receive REXONA FRESHPROTECT KIT dari WOOP.my...WOOP tu apa?? WOOP tu singkatan untuk Women of Opinions.. seronok tau guna WOOP tu.. mula tu saje2 la join, nampak iklan kat FB.. FREE je sign up.. lepastu jawab survay2 yang dia bagi..dia ada 2 bahagian, 1 Daily Mission (jawab survay biasa2) dan 1 lagi Big Mission (buat apa yg dia suruh, cth share gambar or video etc)..dah jawab or buat ap yg dia nak akan dapat points, kumpul point lepastu kalau dah cukup kita boleh redeem dengan barang or voucher...seminggu 1 barang je boleh redeem.. 

REXONA kit ni kat kategori Big Mission.. buat bg complete mission rexona, lepastu nnt dia hantar free kit kat kita.. PENTING! Sebelum buat mission tu pastikan anda isi betul2 alamat dan nama kat bahagian Edit Profile.. sebab nnt dia nak hntar apa2 FREEgift dia xbg tau kat kita.. aritu kes rexona ni org gdex col sebab alamat tak complete..mujur no.phone ada, kalau tak memang xdpt la...hehehehe

Apa yang ada dalam Kit??

REXONA FRESHPROTECT WOMEN and MAN
- tidak melekit dan dirumus khas dengan mikro badan yang responsif teknologi (body-responsive microcapsules technology) yang melepaskan aroma tahan lama yang membolehkan wanita aktif seperti kita ni untuk menikmati kesegaran di sepanjang hari...bau haruman yg lembut membuatkan lebih berkeyakinan untuk melakukan sebarang aktiviti..

REXONA VOUCHER RM3 x 3
- setiap voucher hanya untuk 1 pembelian sahaja, boleh beli kat WATSONS sahaja..




Okey itu sahaja untuk harini... daaaa..