Showing posts with label #foodhunter. Show all posts
Showing posts with label #foodhunter. Show all posts

Tuesday, May 26, 2015

FoodStreet : Nasi Lemak Kg.Pandan


Siapa yang tinggal di Ampang atau Kg.Pandan boleh try makan Nasi Lemak kat sini. Waktu operasi setiap hari Isnin hinggal Jumaat, bermula pada Jam 5 petang hingga Nasi Lemak habis, huahuahua.. selalunya Jam 9 malam masih buka lagi, tapi tak sure Nasi Lemak ada lagi ke tak.. selalunya ku lepak waktu lepas kerja dalam pukol 6 petang, hehehe. 

LOKASI betul2 kat tepi Parking Masjid Nurul Hidayah Kg.Pandan, korang boleh gna waze or google maps. Parking kat sini senang je..


Gerai Nasi Lemak ni ada sediakan beberapa jenis lauk seperti Ayam Masak Merah, Rendang Ayam, Sambal Sotong, Sambal Paru, Ayam Goreng, Paru Goreng, Telur Goreng dll..lain2 menunya, bukan la selepuk semua hado..Selain Nasi Lemak pon ada kat sini seperti Laksa, Mee Kari, Nasi Goreng dan Mee goreng..


Bila korang dah rasa makan kat sini best, pastu rasa nak jamu kengkawan ke family ke jiran ke kan, korang boleh bt tempahan kat tokey kedai ni sebab tokey nie ada buat CATERING jugak! Tak kesah la nak bt Jamuan opis boleh, kenduri kawen pon boleh.. kenduri kawen tu ad la menu dia jugak, tak la semua menu Nasi Lemak hokey..


Thursday, May 21, 2015

FoodStreet: Cendol Bismillah Taiping

Google

Selain dari Ansari Cendol (tak pernah cuba lagi) Cendol Bismillah juga amat Popular di Taiping. Ia telah ada sejak dahulu lagi, di mana perniagaan itu telah diusahakan sejak turun temurun..selain cendol, pasembor juga ad jual disini.

Selama 3 tahun kahwin dengan orang Taiping baru sekali ak makan kat sini. Waktu ni datang dah petang, Pasembor dan cendol pulut dah habis.. yg tinggal hanya Cendol Kacang Merah..korg boleh pilih samada saiz besar atau kecil, harga sangat murah dan rasa bg aku memang sedap.. lagi2 bila makan waktu cuaca panas..

Google
Harga murah!

Credit EatzMe

Google
Cendol  Kacang Merah


LOKASI :

Bismillah Cendol
Lot tk 233, Jalan Barrack
Taiping, Perak 34000
GPS Coordinates: N04 51.152 E100 44.323




Sunday, May 10, 2015

Sunday BR Sundae

Happy Sunday uolsss...aaannnddd Happy Mothers day utk semua yg sambut hari ibu nih..weols xsambut hari ibu sbb bg weols hari2 adalah hari Ibu..cuma hari ibu ni spesel sbb semua shopping compleks ada sale lah kot...ekekeke..ke mane2 ad jer sale utk hari ibu...bunga la baju la mcm2 yg berkaitan..

Petang tadi En.suami ajak keluar, nak belanja Cik Zahra makan aiskrim..Ingatkan nak belanja makn eskrim kat taman mcm selalu, rupanye melencong ke tmpat lain..ekekeke.. kita ke AEON JUSCO...

punye la ramai orang, ada sales mothers day gamaknye, semua tempat beratur panjang je dgn orang...tempat roti ramai org, kat jual eskrim tempurung kelapa pon ramai, kedai mkn pon ramai..hehehe.. tapi En.suami nak belanja eskrem len, bukan nie...


Aiskrim Baskin Robbins!! Jakun jap..hahaha..1st time makan eskrim nih, muka teruja je..mula2 ingat nak oder 1 ke eskrim yg ad waffle tu, pastu tukang jual tu kata 2scoop je aiskrimnye..en.suami rase mcm sket sbb tukang jual tu tnjuk besar mcm comel je..jadinye beli ler dua.. sekali dah dapat idak ler kecik sangat, 1eskrim tu boleh la makan berdua skli ngn cik Zahra.. last last makan smpai kembang2 tekak nak bg perabis.. huhuuu

Kitorg beli Aiskrim Waffle Berry Sundae, ada Waffle Rangup, pisang, strawberry, aiskrim plak pilih strawberry Cheescake and chocolaye Chip, harga RM19...lg 1 Aiskrim Chocolate Dipped Waffle Sundae, ada Waffle Rangup bersalut coklat, aiskrim pilihan Perasa Mint and Chocolate chip pastu ad sos caramel, harga RM19.50.


Dah habis makan aiskrim ajak Cik Zahra jalan2 jap dalam Jusco.. Pastu En.suami ajak masuk dalam pasaraya AEON nak belanja SUSHI!!! Yeeaaayyy!! Seronok hokey, makanan kesukaan ku..hehehehe.. kurang tros rase sakit migrain.. :p


Okeylah, nak landingkan CikZahra.. esok nak kerja dah...tata uols...