Tuesday, June 2, 2015

CPUV dari Nuffnang : 1Jun



Assalammualaikum...


Alhamdulillah, rezeki bulan Jun.. Alkisah semalam tengok Nuffnang dapat CPUV baru dari COOL TEA-PRODUCT AWAREN & GLICO POCKY.. apekah?? Bila di  Google baru lah tahu rupanya Biskut Rocky yg kurus2 tu.. saya memang suka biskut tu, layan je makan.. Biskut ni banyak je jual kat 7eleven, Pasaraya, Babu roti pon jual.. selalunya beli kat 7eleven jela sebab dekat bawah ofis..nak tahan babu asyik tak menyempat je, babu bawak motor mcm kat highway...kalau nak sangat tahan kne la terpacak depan rumah awal2..huhuuuu..

Apa Itu CPUV (Cost-Per-Unique-Visit) dalam Nuffnang?

CPUV (Click Per Unique Visitor)

Pengiklan akan beli sejumlah bilangan trafik daripada pengunjung unik (UV) blog anda. Kempen ini akan tamat apabila kuota atau jumlah trafik UV telah dicapai. Contohnya; pengiklan dari Sony akan bayar anda untuk setiap 1 UV dengan nilai RM0.10 dengan had maksima sebanyak 500 UV atau sebanyak RM50.00 bagi 500UV sepanjang kempen berjalan.

Ada juga yang pengiklan membayar mengikut tempoh masa, katakan selama 7 hari. Selama 7 hari iklan CPUV dari Sony (contohnya) akan kekal berada di dalam blog kita. Dan pihak iklan akan bayar sebanyak mana UV yang ada ketika kempen berjalan. Andaikata UV pada masa kempen berjalan adalah sebanyak 1000, dan pengiklan bayar setiap 1 UV itu dengan nilai RM0.20. maka dapatlah income dalam RM200.

Untuk iklan ini, jika peratusan dapat capai 100% CTR, maka anda akan dapat bonus-CTR. Katakan tadi pengiklan hanya mahukan 1000 UV je untuk iklan mereka dipaparkan, tetapi semasa iklan CPUV ini berlangsung nilai UV yang hadir dalam blog adalah lebih, maka Nuffnang akan berikan bonus ini. Bonus ini dibayar oleh Nuffnang dan bukan pengiklan.

Kredit info : HasrulHasan.com
More info : Blog Dindateja


TERIMA KASIH Nuffnang sudi bagi CPUV kat belog yg tak seberapa ni..hehehe..Duit tabung dari nuffnang ni nak simpan dulu, cadang2nye nak keluarkan bila pindah rumah nnt...Insyaallah.. Korang punye?? Mesti lagi banyak dari blog saya kan?? Apa2 pun selamat menabung ye semua, tak kisah la bnyak ke sket janji hadooo.. 




#jimatcermatamalanmulia hehehehe




No comments:

Post a Comment