Saturday, June 22, 2019

Aktiviti Harian

Assalam, Haiii

Harini lapang sikit tak banyak aktiviti sebab mak ak pepagi dah tolong kemas dapur n masak untuk makan pagi..Ak pun dah kenyang melantak pepagi makan nasi.. So boleh la ak update blog sikit. Nak cerita ap pun takde idea sangat.



Biasanye pepagi lepas solat subuh ak terus g dapur siapkan breakfast untuk laki nak g kerja, kejutkan Zahra nak g sekolah bagai.. lepastu kemas dapur, kemas bilik, masuk baju kat mesin.. rehat jap sambil tinggu si Khadijah bangun.. semenjak raya ritu dia ni bangun lewat, pkol 10 ke 11 baru bangun.. kalau dia xbangun lagi ak masak tengahari dulu.. kalau dia bangun pagi ak settlekan dia dulu, bagi susu, madikan, layan ngada dia, kemas ruangtamu semua baru ak masak untuk makan tengahari.

Dah settle masak rehat jap, lepastu mandi nak amik Zahra sekolah. Kene mandi sebab ak tak suka bau badan lepas masak, bau bawangg!! hehehe.. Dah balik terus hidang lauk untuk laki balik makan tengahari.. Kalau tak kelam kabut ak suka update lauk ak masak kat Instagram n status whatsaap ak, itu kira release lepas penat masak bukan done riak ye, hahahaha..


bila laki balik ak makan tengahri sama, lepas tu suap bebudak lak makan.. rehat santai dengan laki smpai dia g kerja semula.. lepas solat zohor ke ak mula Jemur baju n buat cookies pulak.. 

cookies ni selain nak buat aktiviti hilang boring kira jadi duit jajan ak jugak la.. ak tak la bissness besar mana sebab oven ak guna pun comel, sekali adunan habis bakar makan masa 5 jam haaaa.. lagi satu hal tempat pun sooo terhad.. ruang tak besar mana, takda pulak tempat kalau beli oven besar gabakkk..dah ler menumpang rumah, so pepandai la bawak diri..



Biasanye cookies ak jual dekat orang2 yang kenal je, contoh macam jual kat akk aku, dia cikgu, so dia amik oder kat sekolah..aku buatkan jela dia oder nak berapa.. haritu nak raya cikgu Zahra oder, lepastu dia panjangkan pulak.. mudah2an ada la rezeki kat situ pulak.. 

Dah petang sediakan makan malam bagai, kemas dapur kalau larat.. sementara tunggu maghrib ak lipat la baju yg dah kering, lepas tu bersantai2 la dengan laki sambil layan anak yg banyak ragam ni..


Camtu jela harihari, kalau laki ad side job ak tolong la mane patut n boleh.. kadang bosan jugak buat bende sama, tp ak enjoy je buat semua tu dengan hati yg gembira.. Ak tak mintak pun balasan ap, cuma ak harap laki n anak anak ak hargai la ap yang ak buat, tu pun dah cukup :)



eh okey la, raya tak habis lgi, ak nak sesiapkan bebudak ap patut, nak g open house.. laki tak dpt ikut harini sebab kerja, sooo tak syiokkkk.. HAHAHAHA!

No comments:

Post a Comment