Thursday, May 7, 2015

Jumput Bilis dan Sambal Belacan

Assalammualaikum n Gud Morning Uolsss.. harini mula la rutin mcm biasa bgn pagi2 masak bento utk breakfast n Lunch..dah beberapa minggu xmasak kan, asik makan siang kat luar je lelama bankrup..huhuuu.. biasanye kalau masak pepagi masak yg simple je..kalau nak lauk mcm best je masak ler tgh2 malam, pagi tinggal panaskan.. 

harini menunye Jumput Bilis n sambal belacan utk breakfast..mkn tengahari lauk Taucu Cili ngan Bilis..tp harini ak malas nak bawak bekal g opis, masak utk En.Suami Jela..dia kerja sendiri, nnt tgahari dia boleh mkn..hehehehe..

JUMPUT BILIS

Bahan-bahan :-

 Tepung Gandum 500g
Garam secukup rase
Air
Ikan bilis 1 cawan
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara :-

Satukan tepung dan garam, kacau rata.. kemudian masukkan bilis dan air.. bancuh sebati jangan terlalu cair atau terlalu pekat.. rase skit cukup tak masin?? Tak cukup tambahla garam..kalau termasin pandai2 ler korg... uuhuuuuhuuu.. Panaskan minyak utk menggoreng, goreng garing..




Bahan-bahan :-

Cili Merah - 4 biji *
Cili Hijau - 2 biji *
Cili Padi - 5 biji *
Bawang Besar - 1 biji * (potong 4)
Belacan - 1 inci *
Limau Sambal - 1 biji
Gula - 1 sudu kecil
Garam - 2 sudu kecil

* Goreng  5 minit guna minyak sedikit.. api sederhana perlahan..

Cara-cara :-

Tumbuk lumat semua bahan kecuali limau sambal..dah tumbuk lumat2 perahkan limau kat sambal, masuk dgn kulit sekali..kacau rata..siap!!

Sedap jugak kalau kerang rebus cicah smbal belacan... hihihi

7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...