Sunday, March 22, 2015

Sannah Helwah Fatimah AzZahra

21hb Mac 2013 - Kandungan Mak dah sarat..malam semalam mak perasan ad bleeding skit je waktu buang air.. mak buat xtau n tros masuk tido.. Pagi tadi mak bangun tros ke tandas, cek semula ad bleeding lg x... Yes mmg ada... terus mak rase neves sangat seram sejuk tangan.. kluar bilik air tros bg tau abah, abah pon mcm mak...
Trus siap2 packing barang pergi chekcup kat Hospital Ampang. Sampai sane doktor bg tau bukaan dalam 3cm..kene tahan wad.

22hb - masih xde ap yg berlaku. Doktor cek masih 3cm dan mak xsakit lg nak bersalin.
, nthen doktor terpaksa bantu buka jalan mak untuk bersalin. Lepas pada itu baru mak rase sakitnye perut, sakitnya teruk mcm kne senggugut... mula2 sikit sakitnya, mangkin lame mangkin kerap sakitnye.

Lebih kurang jam 10.30 sakit mak mgkin kerap, doktor datang cek.. bukaan mak da 4cm, tros ketuban dipecahkan. Mak di bawa ke bilik bersalin. Nurse call abah suruh datang teman mak. Tapi bukan rezeki mak nak rase bersalin awak secara normal, xsmpai 10mnit abah smpai, doktor kata awak dah berak dalam perut.. nak xnak abah kne benarkan doktor bt pembedahan untuk selamatkan awak sayang..

Tepat jam 11.40mlm awak lahir kedunia.. Alhamdulillah, dalam keadaan mak separuh bius mak dpt cium awak bt pertama kalinya. Syukur yg tak terkata Allah berikan mak abah anak yg cukup sihat dan sempurna.


Fatimah Az Zahra, 

Mak berdoa dan berharap Akhlakmu secantik namamu sayang. Jadilah Anak yg Solehah, contohi Akhlak dan peribadi sahabat2 Nabi. Tunaikan solat dan ikut perintah Allah S.W.T...kerana Fatimah Az Zahra harta mak dunia Akhirat.. Insyaallah.. Amin..


Mak Abah sayang Fatimah Az Zahra..


No comments:

Post a Comment