Monday, June 8, 2015

FREEBIES received from WOOP : DETTOL HEROES KIT


Assalammualaikum..

Pagi2 Sabtu kurier dah ketuk pintu hantar barang, buka2 rupanya DETTOL HEROES KIT dah sampai.. Alhamdulillah, seronok! Hehehe.. sebelum nak dpt ni sy kene gigih completekan missionnye dulu, boleh baca entri SINI.. Tujuan sebenar Dettol Heroes Kit ni adalah ingin bekerjasama untuk mendidik anak2 cara-cara untuk dilindungi daripada kuman melalui aktiviti-aktiviti yang mudah dan menyeronokkan.. Apa yang ada dalam kit??

1. Dettol Handwash Original 250g

2. Jam Pasir Dettol - untuk pastikan anak kita cuci tangan selama 20saat, letak kat cermin sinki ke..kalau xde cermin lekat jela kat mana, hahahaha..

3. Penanda/cop Bakteria - sebelum anak basuh tangan tanda cop ni kat tangan, pastu suruh basuh..Zahra dah guna, tp tak hilang, huhuuu.. makanya kita main cop2 kat buku..

4. Permainan Hapuskan Bakteria - untuk rekodkan setiap kali hapuskan bakteria, sehari kene hapuskan 3 bakteria.. cukup seminggu boleh lekatkan sticker kat ruang yg disediakan.

5. Sticker - untuk lekatkan kat permainan Hapuskan Bakteria.

6. Sticker Cermin - lekatkan sticker "Jadilah Hero Cucian Tangan Dengan 7 Langkah" dekat tempat mudah anak2 basuh tangan. Supaya mereka ingat dengan mudah cara basuh tangan dengan betul.

Sunday, June 7, 2015

WOOP : Big Mission DUMEX MAMIL


Assalammualaikum...

Minggu lepas dapat mission dari Dumex Mamil, punya lah banyak Big Mission yg mereka bagi..Anak saya tak minum susu ni, jadinya saya tak mampu nak completekan kesemua big mission. Tapi Kit Eklusif Mamil saya minta juga, saje nak bagi Zahra rase susu mahal.. hehehehe.. tujuan buat big mission sebab nak kumpul point sebanyak yang boleh supaya boleh redeem mcm2 hadiah.. sebelum ni dah redeem Fabreze To Go 75ml 2 botol, alhamdulillah dah selamat sampai ari Khamis minggu lepas..sekarang tgh tggu redeem Hi5 backpack Mamil sampai pulak..tggu dalam masa 2 3 miggu..buat masa ni sangat puas hati dan seronok guna WOOP.my ni..hehehe


Sekian  untuk harini :)

Thursday, June 4, 2015

CPUV : e-curve Doraemon (4 Jun)

Google

Assalammualaikum..

Apabila cuti sekolah tiba, makbapak la yang paling sebuk sekali (melainkan jalan raya agak lengang) ada yg nak balik kampung, bercuti dengan keluarga dan sebagainya.. Masa ni la nak meluangkan masa dengan aktiviti menarik dengan anak-anak.

Sempena Cuti Sekolah e-Curve telah membuat pameran semua mengenai tentang DORAEMON!! Robot Kucing Biru yang paling popular di Jepun, Waaahhh!! Kartun kegemaran saya ni!! 
Pameran ni bermula pada 29 Mey hingga 14 Jun, semua peringkat umur boleh datang kat sini dan dapatkan barangan DORAEMON kegemaran termasuk barangan eksklusif yang terdiri daripada Memory huggable Roti bantal, beg, alat tulis, dan barang-barang koleksi lain.. Jadi sape2 yang xtau nak g mane tu boleh bawak anak2 datang sini ye.. hehehehe

Tuesday, June 2, 2015

DETTOL HEROES KIT ongoing from WOOP


Assalammualaikum...


"Kita tahu keluarga bermakna segala-galanya untuk kita. Kita akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka gembira dan sihat. Dettol percaya bahawa kesihatan bergantung kepada pilihan yang kita buat setiap hari di rumah, dalam masyarakat kita dan seterusnya. Itulah sebabnya kita, sebagai pemimpin yang dipercayai dengan kepakaran dalam pembasmian kuman, kebersihan dan pertolongan cemas untuk lebih banyak generasi komited untuk menyediakan penyelesaian yang pernah lebih baik untuk hari ini dan pada masa akan datang"

Secara jujurnya dekat sebulan juga nak completekan Big Mission Dettol nie, gigih!! Semata mata nak dapatkan Dettol Heroes Kit..hehehehe.. 2 mission dah lame di completekan sebab tak susah mana pun..kita hanya perlu LIKED page Dettol di FB dan Share Video Dettol dari YOUTUBE kat FB.. dah complete mission yang dua tu, dapat lagi 2 Mission yg baru..yg ni leceh sket la sebab kene selfie dan pos kat FB.. Alhamdulillah berjaya juga completekan semua Big Mission Dettol.. kita tunggu aje la dapat ke tak DETTOL HEROES KIT...

Buat masa ni berjaya mengumpul 820 points.. masih menunggu mata dari 6 mission dan ada 5 mission tak buat lagi..2 minggu lepas dah merasmikan points, saya redeem Fabreez To GO 75ml x 2 Bottle..tapi tak sampai lagi.. hehehehehe..


Sekian...



FREEBIES received from WOOP : BLACKMORES COLLAGEN 10,000mg


Assalammualaikum..

Selepas hari received REXONA FRESHPROTECT esoknye dapat pulak BLACKMORES COLLAGEN dari WOOP.my...dua2 ni Big Mission di completekan pada masa yang sama.. ingatkan completekan mission je utk dapatkan point, rupa2 nye dapat jugak kit..Alhamdulillah.. hampir sebulan juga baru dapat kit ni, kita pon dah lupa..hehehehe.. Macam haritu juga (entri sini) sape nak barang FREE boleh sign up kat WOOP.my..ikut je arahan nye..

Apa yang dapat??

2 botol BLACKMORES COLLAGEN 10,000mg + VOUCHER RM10..

- BLACKMORES COLLAGEN 10000mg di pertingkat dengan Grape Seed Extract dan Vitamin E untuk keremajaan kulit lengkap dalam masa 6 hingga 12 minggu. Kolagen menjana semula dan pembaikan kulit, disamping menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru.

CPUV dari Nuffnang : 1Jun



Assalammualaikum...


Alhamdulillah, rezeki bulan Jun.. Alkisah semalam tengok Nuffnang dapat CPUV baru dari COOL TEA-PRODUCT AWAREN & GLICO POCKY.. apekah?? Bila di  Google baru lah tahu rupanya Biskut Rocky yg kurus2 tu.. saya memang suka biskut tu, layan je makan.. Biskut ni banyak je jual kat 7eleven, Pasaraya, Babu roti pon jual.. selalunya beli kat 7eleven jela sebab dekat bawah ofis..nak tahan babu asyik tak menyempat je, babu bawak motor mcm kat highway...kalau nak sangat tahan kne la terpacak depan rumah awal2..huhuuuu..

Apa Itu CPUV (Cost-Per-Unique-Visit) dalam Nuffnang?

CPUV (Click Per Unique Visitor)

Pengiklan akan beli sejumlah bilangan trafik daripada pengunjung unik (UV) blog anda. Kempen ini akan tamat apabila kuota atau jumlah trafik UV telah dicapai. Contohnya; pengiklan dari Sony akan bayar anda untuk setiap 1 UV dengan nilai RM0.10 dengan had maksima sebanyak 500 UV atau sebanyak RM50.00 bagi 500UV sepanjang kempen berjalan.

Ada juga yang pengiklan membayar mengikut tempoh masa, katakan selama 7 hari. Selama 7 hari iklan CPUV dari Sony (contohnya) akan kekal berada di dalam blog kita. Dan pihak iklan akan bayar sebanyak mana UV yang ada ketika kempen berjalan. Andaikata UV pada masa kempen berjalan adalah sebanyak 1000, dan pengiklan bayar setiap 1 UV itu dengan nilai RM0.20. maka dapatlah income dalam RM200.

Untuk iklan ini, jika peratusan dapat capai 100% CTR, maka anda akan dapat bonus-CTR. Katakan tadi pengiklan hanya mahukan 1000 UV je untuk iklan mereka dipaparkan, tetapi semasa iklan CPUV ini berlangsung nilai UV yang hadir dalam blog adalah lebih, maka Nuffnang akan berikan bonus ini. Bonus ini dibayar oleh Nuffnang dan bukan pengiklan.

Kredit info : HasrulHasan.com
More info : Blog Dindateja


TERIMA KASIH Nuffnang sudi bagi CPUV kat belog yg tak seberapa ni..hehehe..Duit tabung dari nuffnang ni nak simpan dulu, cadang2nye nak keluarkan bila pindah rumah nnt...Insyaallah.. Korang punye?? Mesti lagi banyak dari blog saya kan?? Apa2 pun selamat menabung ye semua, tak kisah la bnyak ke sket janji hadooo.. 




#jimatcermatamalanmulia hehehehe




Monday, June 1, 2015

FREEBIES receive from WOOP : REXONA FRESHPROTECT kit


Asslammualaikum...

Minggu lepas saya receive REXONA FRESHPROTECT KIT dari WOOP.my...WOOP tu apa?? WOOP tu singkatan untuk Women of Opinions.. seronok tau guna WOOP tu.. mula tu saje2 la join, nampak iklan kat FB.. FREE je sign up.. lepastu jawab survay2 yang dia bagi..dia ada 2 bahagian, 1 Daily Mission (jawab survay biasa2) dan 1 lagi Big Mission (buat apa yg dia suruh, cth share gambar or video etc)..dah jawab or buat ap yg dia nak akan dapat points, kumpul point lepastu kalau dah cukup kita boleh redeem dengan barang or voucher...seminggu 1 barang je boleh redeem.. 

REXONA kit ni kat kategori Big Mission.. buat bg complete mission rexona, lepastu nnt dia hantar free kit kat kita.. PENTING! Sebelum buat mission tu pastikan anda isi betul2 alamat dan nama kat bahagian Edit Profile.. sebab nnt dia nak hntar apa2 FREEgift dia xbg tau kat kita.. aritu kes rexona ni org gdex col sebab alamat tak complete..mujur no.phone ada, kalau tak memang xdpt la...hehehehe

Apa yang ada dalam Kit??

REXONA FRESHPROTECT WOMEN and MAN
- tidak melekit dan dirumus khas dengan mikro badan yang responsif teknologi (body-responsive microcapsules technology) yang melepaskan aroma tahan lama yang membolehkan wanita aktif seperti kita ni untuk menikmati kesegaran di sepanjang hari...bau haruman yg lembut membuatkan lebih berkeyakinan untuk melakukan sebarang aktiviti..

REXONA VOUCHER RM3 x 3
- setiap voucher hanya untuk 1 pembelian sahaja, boleh beli kat WATSONS sahaja..




Okey itu sahaja untuk harini... daaaa..





Tuesday, May 26, 2015

FoodStreet : Nasi Lemak Kg.Pandan


Siapa yang tinggal di Ampang atau Kg.Pandan boleh try makan Nasi Lemak kat sini. Waktu operasi setiap hari Isnin hinggal Jumaat, bermula pada Jam 5 petang hingga Nasi Lemak habis, huahuahua.. selalunya Jam 9 malam masih buka lagi, tapi tak sure Nasi Lemak ada lagi ke tak.. selalunya ku lepak waktu lepas kerja dalam pukol 6 petang, hehehe. 

LOKASI betul2 kat tepi Parking Masjid Nurul Hidayah Kg.Pandan, korang boleh gna waze or google maps. Parking kat sini senang je..


Gerai Nasi Lemak ni ada sediakan beberapa jenis lauk seperti Ayam Masak Merah, Rendang Ayam, Sambal Sotong, Sambal Paru, Ayam Goreng, Paru Goreng, Telur Goreng dll..lain2 menunya, bukan la selepuk semua hado..Selain Nasi Lemak pon ada kat sini seperti Laksa, Mee Kari, Nasi Goreng dan Mee goreng..


Bila korang dah rasa makan kat sini best, pastu rasa nak jamu kengkawan ke family ke jiran ke kan, korang boleh bt tempahan kat tokey kedai ni sebab tokey nie ada buat CATERING jugak! Tak kesah la nak bt Jamuan opis boleh, kenduri kawen pon boleh.. kenduri kawen tu ad la menu dia jugak, tak la semua menu Nasi Lemak hokey..


Saturday, May 23, 2015

DIY : No cook Play dough - without Cream of Tartar


Easy DIY Play doh recipe without cream of tartar and no cooking. Make the best playdough creations with no cream of tartar and cook free that kids will love. All you need:

2 cup plain flour
1 cup salt
1 tbs oil
1 cup cold water
2 drops liquid food colouring


Method


STEP 1 = Combine plain flour and salt

STEP 2 = Add water, food colouring and     oil. Mix until ingredients are combined.

STEP 3 = Knead well.

STEP 4 = If consistency is too wet add a little plain flour.



SAFE FOR YOUR CHILDREN!!

Thursday, May 21, 2015

FoodStreet: Cendol Bismillah Taiping

Google

Selain dari Ansari Cendol (tak pernah cuba lagi) Cendol Bismillah juga amat Popular di Taiping. Ia telah ada sejak dahulu lagi, di mana perniagaan itu telah diusahakan sejak turun temurun..selain cendol, pasembor juga ad jual disini.

Selama 3 tahun kahwin dengan orang Taiping baru sekali ak makan kat sini. Waktu ni datang dah petang, Pasembor dan cendol pulut dah habis.. yg tinggal hanya Cendol Kacang Merah..korg boleh pilih samada saiz besar atau kecil, harga sangat murah dan rasa bg aku memang sedap.. lagi2 bila makan waktu cuaca panas..

Google
Harga murah!

Credit EatzMe

Google
Cendol  Kacang Merah


LOKASI :

Bismillah Cendol
Lot tk 233, Jalan Barrack
Taiping, Perak 34000
GPS Coordinates: N04 51.152 E100 44.323




Sunday, May 10, 2015

Sunday BR Sundae

Happy Sunday uolsss...aaannnddd Happy Mothers day utk semua yg sambut hari ibu nih..weols xsambut hari ibu sbb bg weols hari2 adalah hari Ibu..cuma hari ibu ni spesel sbb semua shopping compleks ada sale lah kot...ekekeke..ke mane2 ad jer sale utk hari ibu...bunga la baju la mcm2 yg berkaitan..

Petang tadi En.suami ajak keluar, nak belanja Cik Zahra makan aiskrim..Ingatkan nak belanja makn eskrim kat taman mcm selalu, rupanye melencong ke tmpat lain..ekekeke.. kita ke AEON JUSCO...

punye la ramai orang, ada sales mothers day gamaknye, semua tempat beratur panjang je dgn orang...tempat roti ramai org, kat jual eskrim tempurung kelapa pon ramai, kedai mkn pon ramai..hehehe.. tapi En.suami nak belanja eskrem len, bukan nie...


Aiskrim Baskin Robbins!! Jakun jap..hahaha..1st time makan eskrim nih, muka teruja je..mula2 ingat nak oder 1 ke eskrim yg ad waffle tu, pastu tukang jual tu kata 2scoop je aiskrimnye..en.suami rase mcm sket sbb tukang jual tu tnjuk besar mcm comel je..jadinye beli ler dua.. sekali dah dapat idak ler kecik sangat, 1eskrim tu boleh la makan berdua skli ngn cik Zahra.. last last makan smpai kembang2 tekak nak bg perabis.. huhuuu

Kitorg beli Aiskrim Waffle Berry Sundae, ada Waffle Rangup, pisang, strawberry, aiskrim plak pilih strawberry Cheescake and chocolaye Chip, harga RM19...lg 1 Aiskrim Chocolate Dipped Waffle Sundae, ada Waffle Rangup bersalut coklat, aiskrim pilihan Perasa Mint and Chocolate chip pastu ad sos caramel, harga RM19.50.


Dah habis makan aiskrim ajak Cik Zahra jalan2 jap dalam Jusco.. Pastu En.suami ajak masuk dalam pasaraya AEON nak belanja SUSHI!!! Yeeaaayyy!! Seronok hokey, makanan kesukaan ku..hehehehe.. kurang tros rase sakit migrain.. :p


Okeylah, nak landingkan CikZahra.. esok nak kerja dah...tata uols...

Saturday, May 9, 2015

REVIEW Miniature Dior Perfume by DindaShopaholic


Weeehuuuu!! 1st time dapat nih teruja hokey.. botol semua comel-comel & kiut miut jer, baunyer jangan cakap la..memang sedap yg amat..hehehe..aku ni bukan la seorg pemakai perfume sangat, actually my sister ada jual perfume, so memula beli yg botol kecik  yg tester tu je utk pakai calit calit kat baju n kat cadar bilik..sekali anak dara sorg ni buat main macamana ntah sampai habis licin perfum tu.. heh, alang alang bek ak beli perfume betol besar tu je..ekekeke..



Bau punya bau, alahaiiiii awat semua bau sedap je nih..bau sampai pening nak pilih yg mne satu...last last ak pilih set Miniature Dior ni je, senang! ada 5 bau len-len, idak ler boring bau same, pastu kang xsabar bg habis sbb nak bli bau len plakkan...ngadaaaa...ekekeke

Miniature Dior Perfume nih adalah jenis GRED 5A from Dubai, beli dekat DindaShopaholic. Kalau korang nak beli yg Ori Reject pon ada...banyak jenis perfume ad jual kat sini, sukaaaaa!! Senang cerita macam2 la ada, Tudung, Shawl, Instant Shawl, dll..





Happy Shopping!!

Thursday, May 7, 2015

Jumput Bilis dan Sambal Belacan

Assalammualaikum n Gud Morning Uolsss.. harini mula la rutin mcm biasa bgn pagi2 masak bento utk breakfast n Lunch..dah beberapa minggu xmasak kan, asik makan siang kat luar je lelama bankrup..huhuuu.. biasanye kalau masak pepagi masak yg simple je..kalau nak lauk mcm best je masak ler tgh2 malam, pagi tinggal panaskan.. 

harini menunye Jumput Bilis n sambal belacan utk breakfast..mkn tengahari lauk Taucu Cili ngan Bilis..tp harini ak malas nak bawak bekal g opis, masak utk En.Suami Jela..dia kerja sendiri, nnt tgahari dia boleh mkn..hehehehe..

JUMPUT BILIS

Bahan-bahan :-

 Tepung Gandum 500g
Garam secukup rase
Air
Ikan bilis 1 cawan
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara :-

Satukan tepung dan garam, kacau rata.. kemudian masukkan bilis dan air.. bancuh sebati jangan terlalu cair atau terlalu pekat.. rase skit cukup tak masin?? Tak cukup tambahla garam..kalau termasin pandai2 ler korg... uuhuuuuhuuu.. Panaskan minyak utk menggoreng, goreng garing..




Bahan-bahan :-

Cili Merah - 4 biji *
Cili Hijau - 2 biji *
Cili Padi - 5 biji *
Bawang Besar - 1 biji * (potong 4)
Belacan - 1 inci *
Limau Sambal - 1 biji
Gula - 1 sudu kecil
Garam - 2 sudu kecil

* Goreng  5 minit guna minyak sedikit.. api sederhana perlahan..

Cara-cara :-

Tumbuk lumat semua bahan kecuali limau sambal..dah tumbuk lumat2 perahkan limau kat sambal, masuk dgn kulit sekali..kacau rata..siap!!

Sedap jugak kalau kerang rebus cicah smbal belacan... hihihi

Wednesday, May 6, 2015

RESEPI Sambal Kicap Sedap

Sedap ke?? Ekekeke..ni namanye resepi syok sendiri...yg penting En.Suami sukaaaa....sekiannn..


BAHAN-BAHAN:-

Bawang Putih - 6 ulas
Cili Padi - 20 biji
Gula - 1 sudu kecil
Garam - secubit
Kicap

CARA-CARA :-

Tumbuk lumat semua bahan2 kecuali kicap...kemudian tuangkan kicap secukup rasa..hahahaha..jgn ler banyak sangatkan.. agak2 korng ler.. sedap makan dengan hidangan Sup, Tempe Goreng dan Tauhu Goreng..

** cili ikot korg ler nak letak banyak mane, nak pedas lg bubuh ler banyak2.. kalau sakit perut pandai2 la ye..kikikiki..


CHILI SOY SAUCE:

Ingrediants:

Garlic - 6 cloves
Cili Padi - 20 seeds 
Sugar - 1 tsp 
Salt - a pinch 
Soy sauce (1/2 cup)

Creamed mashed all ingrediants except soy sauce ... then pour soy sauce, mixed together and stir well..

Delicious serve with soup, Tempe, Tofu, fried Fish and Grilled Fish..

Monday, May 4, 2015

Taman Botani KL (Taman Tasik Perdana)


Semalam weols anak beranak 1st time jenjalan kat Taman Botani KL atau juga dikenali sebagai Taman Tasik Perdana.. kitorg g dlm pkol 10pg...otw ke sana jalan sangat lengang, maklumlah cuti 4 hari dr hari Jumaat ritu, memasing g balik kg or holiday agaknye..


Sampai2 sana parking penuh yg amat, pusing2 br jumpa parking.. kitorg parking dekat ngan taman permainan...Hehehe.. sebenarnye kitorg men g je, lpe bawak map..tmpat yg kitorg parking tu utk owg joging blh ler..xde ap pon yg ad pokok2 mcm kat hutan..redup je... korg kalau nak g parking la kat taman rama2 ke.. ad tram lalu boleh bawak ronda2 1 taman..

Laluan track joging.. redup je..nyaman..

Jalan suku tempat je kot, jalan punye jalan xsampai2 tasiknye..si kecik ni pulak buat hal xnak jalan n xnak duduk stroller, nak berdukung jela pulak (borin agaknye)..makanye kitorg patah balik ler..jenuh nak jalan xjmpa penghujung..


Next time nak g lagi, kalini nak g tempat yg betul menarik..yg ad air terjun, kolam ikan, taman rusa n mcm2 lagi... 

Sunday, May 3, 2015

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur


{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang


Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015

Saturday, May 2, 2015

BBQ Adik beradik

Assalam n haaiiii kawan kawannn.. Happy Saturday!! Korg cuti2 ni plan g berjalan mane?? Bes kan cuti panjang boleh rehat2kan minda n luangkan mase ngan family..hehehe..harini FamilyLot51 ad event BBQ..saje ngumpul adik beradik, walaupun rumah kitorg ni idak ler jauh2.. tapi kalau sekali sekala ngumpul ramai2 memang syiookkkk!!



Bahan2 BBQ sprti ikan, ayam, Kambing dan Udang di sponsor oleh m@t@h@w...



Kek Coklat n Ice-cream titanice yg buat..nnt mnta dia tulis resepi kat blog..hehehe

Kami yg tinggal kat Lot51 buat sos cicah BBQ, Air Asam je.. Pastu buat karipap. Nak resepi klik gambar kt bawah.. ;)

RESEPI Air Asam

RESEPI Karipap


RESEPI :: Karipap Sedap Simple


Kulit / Doh ::

Tepung 1 kilo
Minyak 3/4 cawan (panaskan sekejap)
Air secukupnye
Garam

- satukan tepung, garam dan minyak, gaul rata
- kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hinggah menjadi doh


Inti Kari Kentang ::

Ubi Kentang 1 kilo (potong dadu)
Daun Sup
Rempah kari 2sb (bancuh dgn air)

Bawang besar 1 biji *
Bawang Putih 6 biji *
Cili Merah *
Kunyit hidup sedikit *
Ikan bilis 2sb *
Air

* kisar...

Garam dan gula secukup rasa..

- Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing..kemudian masukkan kari paste, tumis sebentar.

- masukkan air + kentang, gaul rata.. perasakan dgn garam dan gula .. masak hingga kentang empuk dan agak kering.. masukkan daun sup dan gaulkan rata..

- biarkan sejuk dulu baru terap karipap.. kitorg terap je sbb cepat siap.. nak gentel pon boleh... hihihi

Karipap comel untuk budak2..
** nak lg sedap boleh tambah daging..




SELAMAT MENCUBA!!

RESEPI Air Asam


Bahan-bahan :-
Cili Padi 20biji
Cili merah 2biji
Bawang Besar 2biji

Potong semua bahan2 di atas..

Bawang yg dipotong

Potong cili kasar begini

Air Asam

Sebungkus asam jawa di ramas bersama air suam / air masak, tapiss..kemudian campurkan air asam ni dengan cili n bawang yg telah dipotong... Perasakan dengan sedikit garam (1sk) dan gula (5sb) secukup rasa..

Kalau korg nak guna stevia pon boleh, ak xletak sbb ad yg xreti rase stevia..hehehehe..sedap cicah dengan ikan bakar..nyumm nyummm..


TAMARIND SAUCE

Ingrediants:

Chilli 20pcs*
Red Chilli 2pcs*
Onion 2pcs*

*Cut all ingrediants

Salt - 1 tsp
Sugar - tbsp
Tamarind 1 cup - squeeze with warm water and filter..
Mixed tamarind juice with salt, sugar, chilli and onion that had been cut.. mixed well..

For best served with fish or grilled chicken


SELAMAT MENCUBA!!





Friday, May 1, 2015

SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ

Catwalk_Next_Top_Model

kOrang nak Glamz macam PapaGlamz??? kLik gambar kat atas.. hehehehe

"Segmen Jom Blogwalking By Syahirah Valiant"


Syarat-syarat :

1. Follow blog IRA  *wajib pada siapa yang tak follow lagi*

2. KLIK SINI & SINI  *Jujur please*

   *TAMBAHAN*
   - Like fanpage Ira yang ada dekat sidebar. Kalau tak nak pun takpe. :)

3. Buat entri yang bertajuk "Segmen Jom Blogwalking By Syahirah Valiant"

4. Backlinkkan 

5. Dah siap? Hantar dekat komen post ni je ye.

Jom Join Ceria 1st Giveaway!



Syarat-syarat penyertaan :
  1. Wajib mempunyai blog yang PUBLIC dan kalau sudi followlah blog ini.                                
  2. Buat satu entry di blog yang bertajuk Jom Join Ceria 1st Giveaway!                                  
  3. Letak banner di bawah dalam entry tersebut dan link kan ke blog ini.      
  4. Letak syarat-syarat penyertaan dalam entry tersebut.                                                          
  5. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu. Titanice / mimamimoth / UrutMuslimah                                                       
  6. Setelah selesai menaip post tersebut, komen di entry blog ini.                                              
  7. Kalau sudi follow instagram ini (bukan paksaan) & kelebihannya, kami akan follow back sesiapa yang follow kami selama giveaway berlangsung.                                                                       
  8. Tarikh tutup giveaway ialah pada 12 June 2015.                                                                    
  9. Pemenang akan dipilih melalui random.org

Hadiah sesuai untuk lelaki & perempuan! 


Milik siapakah hadiah-hadiah ini?
Mungkin boleh jadi milik anda tau, *kenyit mata


Jangan lepaskan peluang!


Thursday, April 30, 2015

GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI

GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI


Haiii rini join contest GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI.. suka dengan hadiah dia hokey...1st beg Clutch warna mint mmg cantik sangat boleh pakai buat raya uolss, kalau dpt ni mmg best.. sorg je Scha pilih utk beg nih..sape dpt mmg bertuah la.. 2nd hadiah bes jugak memandang kan gst ni mmg berkira2 la jugak nk topup.. kalau Scha belanja yg ni pon okey jgk, jimat duit aku...hahahaha..dasar kedekut.. Topup RM10 x 5 pemenang.. 3rd pon best jugak lerrrrr, Review blog!! Terhad 10 org jeee.. sebb ap best?? Kalau di review ramai la org kenal kita yg xfamous nih.. dapat kawan baru..traffic blog pon blh naik kott..agaknye la...hahaha.. boleh x kalau bg je semua hadiah ni kat i?? Boleh x?? Hahahaha tamak...

Okey uolsss kalau nak hadia bes ni boleh klik gambar kat atas ye, tarikh tamat 4 may...doa2kan la kita menang salah 1 hadiah kat atas ni eh...aminnnn..

Cc titanice mimamimoth UrutMuslimah

Tuesday, April 28, 2015

"Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah" by Nisa

"Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah"

Segmen by Nisa utk blogger2 semua.. Jom!!



Mane tau ada rezeki dapat Shawl.. hihihi

Jajan 20 sen... terobek...

Dua puluh sen.... RM0.20....time aku skolah rendah 20sen kira besar jugak nilai nye...ak slalu pau mak sehari 20 sen "mak, nak 20 sen boleh??" "Amikla kat laci mesin"....pastu jalan ngn adik mimamimoth g kedai Wak dkt hujung lorong... jalan pimpin tangan lagikkk, hahaha... pastu beli jajan 10sen ngn aiskrim pop ais yg keras 1... pop ais tu patah dua kongsi...ekeke...

Pastu suka tahan babu jual roti nak beli jajan 20sen.. ni sape la yg ajr aku mkn jajan ni kalau x bukan akak n abg aku... keje suh ak g kdai beli jajan (ada bukti bergambar tauuu)... hahahaha... larikkkk...

Antara jajan yg bes :-



♥ Jajan ni perasa durian, harga dia 20sen je time tu.. memang sedap mkn jajan ni..


♥ Jajan supering ni pon harga 20sen.. makan jajan ni nnt tangan bau busukkk, pastu gigi kuning kauu...


♥coklat ni nama ap xtau, tp suka saaangaattt beli...sbb cantik warna warni kot... kikikiii..ni pon 20 sen...


Banyak lagi jajan nostalgia nie, nak letak semua mcm xlarat pulak kannn.. hupdate guna henpon ni mata kejap kecik kejap besar je rase... ekekeke..sekarang nk dapat jajan 20sen payah, kalau nk dpt pon dgn sarat ko kne borong dulu br dpt rege 1 20sen.. hahuahuahua...

ape2 pon jangan nk hadap jajan je, tak baik utk kesihatan.. dah sakit nnt xdpt mkn jajan...sekiannn..





Monday, April 27, 2015

Resepi Spaghetti Simple

google
Sumber GOOGLE

Layan la makan hujan2..bahan xbrape nak ade, kita campak2 jela eh... Boleh panggil Spaghetti Campak2..hahahahah

-rebus Spaghetti smpai lembut (ala gente) camtu eh eja dia??

-tumis bawang putih + kiub ayam knor (letak sikit je)
-letak sos cili 3 sudu besar..tumis2 skjap
-letak daging burger ramly, ni da hancur2kan...tumis lagi 3 minit.. pastu kalau suka letak Oregano..
-letak sos spaghetti 5 sudu besar..letak air masak sket + garam secukop rase... masak lebih kurang 5minit...
-pastu masukkan spaghetti yg dah lembut tadi, gaul rata..siap untuk dimakann...


Alhamdulillah, kenyang perot mereka.. aku tukang masak je, dah masak kenyang pulak...ekekeke..


**sambil masak sambil fikir pasal duit 20sen...isk isk..

Segmen Bloglist willYOU readTHIS?

GOOGLE
Will you read this??

Jom Join Dekma n kakTie...hihihi..

Happy Birthday!!

Sabtu lepas birthday abang aku, dia belanja weols makan udang sambal.. sedap habaq hanggg... macam xpenah makan kann kannn... ni lain sket hokey, sebab ni udang dia mancing sendiri, dia kumpul yg besar pastu masak bg kitorg makan...hehehehe.. tenkiuuuu.. sory gambar xde, dah nmpak mkn sedap semua lupaaaaa... lalalalaaaaa

Ptg sket abg lg sorg dtg bawak kek n kepak ayam madu... kek red valvet ngan kek apentah warna putih tu, yg putih tu sedappp...sebab crem dia ad buah2 kot tu yg sedap.. abg beli kat Pistachio..



Ni ler bithday boy nye, korg kalau nak risek2 tempat macing dia katner boleh tgk kat blog Perisek...


Anak manja ni 1 hari dia nangis merengek, bkan nak men kat spupu2 dia.. ni sengeh lebar lps bawak dia ronda nek kereta...haihhhh....Anak anak...


**Selamat Ulangtahun kelahiran yg ke-** buat abangku, semoga Allah panjangkan umur, diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki...aminnn..